HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL PHOENIX FLICKS

nuffnang

TRANSLATE

Saturday, 11 October 2014

CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT KOMERSIAL DAN KEDIAMAN BERCAMPUR DI ATAS TANAH 314 EKAR DI BANDAR BARU TUNJONG, KELANTAN DARUL NAIM.


PEMBANGUNAN PUSAT KOMERSIAL DAN KEDIAMAN BERCAMPUR DI ATAS TANAH 314 EKAR DI BANDAR BARU TUNJONG, KELANTAN

Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand.

Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhamammad 2 pada tahun 1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah sekitar orang. Majoriti rakyat kelantan terdiri dari pada Melayu 94% selebihnya adalah Cina, India, Siam dan lain-lain. Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, dan Gua Musang.

Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C.

Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dan matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan perbezaan antara negeri dan kerajaan Mukim bukan menjadi masalah untuk membuat pelaburan. Semua polisi berkenaan dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada kerajaan Mukim. Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan dengan pelaburan. Dalam usaha untuk menarik minat pelabur melabur di Kelantan, kerajaan negeri berusaha untuk menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan infrastruktur. Negeri Kelantan mempunyai kemudahan yang secukupnya untuk menjalankan perniagaan secara kerjasama "Business Ventures". Terdapat 39 buah cawangan bank komersial dan 12 institusi kewangan yang beroperasi di negari ini.

Sejumlah 2300 km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar utama di Kelantan untuk ke Kota Bharu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam yang meliputi sebanyak 474 km melalui Gua Musang di Selatan Kelantan dan juga negeri Pahang

Menjadikan Bandar Baru Tunjong sebagai pusat pertumbuhan baru di negeri Kelantan yang merangkumi pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan, pusat pengangkutan dan perkhidmatan, pusat komersial dan urusniaga serta kawasan kediaman yang moden.




CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN BERCAMPUR DI TANAH SELUAS 35.34 EKAR FASA SATU DI BANDAR BARU TUNJONG, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. FASA SATU

Pengenalan
  • Projek Perumahan Bercampur dan Komersial TPSB bersama Kerajaan Negeri Kelantan untuk mewujudkan tranformasi urban terkini di negeri Kelantan.
  • Pelaburan 100% syarikat bumiputera bagi mewujudkan kediaman dan pusat komersial secara tersusun dan terancang.
  • Jangkamasa pelaburan 5 hingga 8 tahun dengan anggaran nilai pembangunan keseluruhan (GDV) RM15billion.
  • Pembiayaan projek secara secure payment guarantee bukan konvensional pertama akan dilaksanakan.

Objektif Projek :
  • Merealisasikan Cadangan Pembangunan Perumahan Bercampur ini terletak di Pinggir Bandar Kota Bharu, Kelantan dan telah diwartakan sebagai kawasan perumahan, perdagangan, sosial dan kawasan kemudahan awam untuk penduduk sekarang dan akan datang.
  • Mewujudkan pusat kediaman moden dan terancang dengan kos yang efektif secara centralisasi.
  • Fasa Pertama, cadangan untuk membangunkan lebih 7,500 unit rumah kediaman moden dengan kaedah reka bentuk pembangunan terkini dilakukan kepada pihak Pengurusan Bandar Baru Tunjong bagi mendapatkan persetujuan untuk pembangunan projek yang dirancang.
  • Mengalakkan hasrat kerajaan negeri dan masyarakat setempat yang inginkan pemilikan asset dalam perancangan pelaburan hartanah untuk masa depan mereka agar lebih terancang dan berdaya maju untuk jangka masa yang panjang.

TAPAK CADANGAN :
Tapak cadangan ini merupakan tapak sawah padi yang telah direzabkan sebagai tapak Pembangunan Bandar Baru oleh Pihak Pengurusan Bandar Baru Tunjong . Kawasan ini merupakan kawasan bebas daripada banjir. Tapak ini juga mempunyai saliran air yang terus ke sungai berdekatan. Selain daripada itu,terdapat juga beberapa projek perumahan yang telah siap dibina bersebelahan dengan cadangan tapak ini. Kemudahan jalan untuk keluar masuk ke tapak ini juga telah tersedia.




LOKASI TAPAK :
Kedudukan lokasi tapak ini sangat strategik kerana berada di pinggir bandar Kota Bharu. Ia bebas daripada kesibukan seperti di Bandar Kota Bharu. Pemandangan sekeliling tapak ini juga kelihatan begitu tenang kerana berada di tengah-tengah sawah padi. Selain daripada itu juga, tapak ini berdekatan dengan kemudahan seperti :

a) Klinik Desa Mulong ( 0.45 Km )
b) Pasaraya PKT ( 0.35 Km )
c) Stesen Minyak Esso ( 0.65 Km )
d) Stesen Minyak Petronas ( 0.85 Km )
e) Tapak Pasaraya Mydin & Pavillion ( 3.3 Km )
f) Cabang 4 Tunjong – Pasir Mas ( 3.60 Km )
g) Pasar Borong Wakaf Che Yeh ( 5.0 Km )
h) Pusat Bandar Kota Bharu ( 9.0 Km )
i) Bandar Ketereh ( 9.0 Km )


LOKASI PEMBANGUNAN KESELURUHAN




KEDUDUKAN LOKASI TAPAK CADANGAN 35.34 EKAR BANDAR BARU TUNJONG
THE PROPOSED 35.34 ACRES LAND OF BANDAR BARU TUNJONG





CADANGAN PELAN SUSUN ATUR PEMBANGUNAN DI ATAS TAPAK 35.34 EKAR BANDAR BARU TUNJONG FASA SATU PROPOSED LAYOUT PLAN




CADANGAN PEMBANGUNAN BERCAMPUR DI TANAH SELUAS 314 EKAR DI BANDAR BARU TUNJONG, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. FASA 2, 3 DAN 4


CADANGAN KOMPLEKS ISLAM SAFRA WORLD TRADE ISLAMIC CENTRE.








CADANGAN APARTMENT DAN PUSAT BELI BELAH (PROPOSED APARTMENT AND SHOPPING MALL)





CADANGAN PERUMAHAN BERCAMPUR (MIX HOUSING RESIDENTIAL DEVELOPMENT)




Rumusan 
  • Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kepada TPSB untuk membangunkan keseluruhan tanah seluas 314 ekar secara berperingkat dengan nilai pelaburan (GDC) mencecah RM10 billion.
  • Fasa 1 pembangunan adalah di atas tanah seluas 35.34 ekar untuk pusat kediaman moden dengan nilai GDV sebanyak RM2.5 billion.
  • Kerja-kerja awal rancangan pembangunan sedang giat diusahakan dan TPSB membuka peluang usahasama seluas-luasnya kepada mana-mana pihak yang berminat untuk merealisasikan matlamat pembangunan ini menjadi kenyataan bersama.
  • Jangkamasa siap keseluruhan projek adalah dijangka mengambil masa selama 5-8 tahun jika diberi tumpuan sepenuhnya oleh semua pihak terlibat termasuklah kerajaan negeri dan syarikat bagi menentukan semua perkara yang dirancangkan berjalan lancar.


Disediakan Oleh/Prepared by :
HASSANAL HASHIM BIN IBRAHIM
Tunjong Properties Sdn Bhd (1067497-H)
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Bagi kontraktor berminat, sila hubungi kami: 
Call/SMS: +60145538989, +60192959797
Line : +60145538989 
Skype: shhimec 
Email: 1mytv4u@gmail.com Blog: http://my1property4u.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment