HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL PHOENIX FLICKS

nuffnang

TRANSLATE

Thursday, 12 February 2015

RUMAH BANGLO 3 1/2 TINGKAT DI TAMAN MELAWATI KL/SELANGOR UNTUK DIJUAL (MALAY VERSION)



RUMAH BANGLO 3 1/2 TINGKAT  DI TAMAN MELAWATI KL/SELANGOR


Butiran Kediaman
No. H.S. (D): 19428
No. PT: PT4577
Kawasan: Jarak dari kediaman ke bandar Taman Melawati lebih kurang 1KM, 300 Meter Ke KKclub
Negeri: Selangor
Luas Tapak: 5522 KPS
Daerah: Gombak
Bandar/Mukim: Mukim Setapak
Kategori Tanah: Bangunan Kediaman
Status Tanah: Freehold

Jenis Hartanah: Rumah Banglo 3 1/2 Tingkat
Keadaan Rumah: 95% Sudah diubahsuai, Tingkat atas sekali, ruang tamu besar, 2 bilik besar, 1 tandas, manakala di tingkat 2 ada 3 bilik medium saiz, 1 bilik master room ada tandas tab, 1 tandas di luar, satu ruang tamu. Bahagian tingkat 1 pula, ada kolam mandi, ruang rehat, ruang tamu sudah direnovation. Bagi Tingkat bawah sekali ada ruang kosong boleh buat bilik atau apa sahaja yang hendak dicadangkan.
Harga: RM1,900,000.00 Juta
Geran: Untuk Selama-lamanya
Cukai Tahunan: RM103.00


Pengenalan
Taman Melawati merupakan sebuah bandar serba-lengkap yang terletak di pinggir ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Meskipun menggunakan poskod Kuala Lumpur namun jika dirujuk di dalam peta, Taman Melawati terletak dalam daerah Gombak, Selangor dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. 

Terdapat ramai selebriti dan ahli politik tempatan yang menetap di sini. Institut Seni Malaysia (Malaysian Institute of Art) dan juga Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (International School of Kuala Lumpur) juga terletak di sini.

Selain itu, terdapat juga sebuah hospital swasta iaitu Hospital Servis Damai, sebuah kelab iaitu KKclub (dahulunya dikenali sebagai Melawati Country Club, Club Century Park, Club Century Paradise) dan juga sebuah hotel bernama Melawati Times Inn di bandar ini. Zoo Negara juga terletak berdekatan. 


Salah satu daripada beberapa buah bukit di sini, iaitu Bukit Tabur, merupakan sebuah kawasan pendakian yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan kawasan masuk ke Pintu Empangan Klang Gates yang juga terletak di bandar ini. Rumah pengarah Datuk Yusof Haslam dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga terletak disini.

Taman Melawati mempunyai kedudukan yang strategik, iaitu di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 (MRR2). Ia mempunyai pautan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Ampang, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Genting Klang-Pahang.

Bandar ini juga boleh diakses melalui pengangkutan awam dengan menggunakan bas 303 Rapid KL dari Lembah Keramat, bas 304 Rapid KL dari stesen LRT Wangsa Maju juga dengan menggunakan khidmat Metro bas 191 dari Masjid Jamek dan bas Rapid KL U23 dari Chow Kit



Beberapa koleksi gambar banglo ini untuk memberi lebih gambaran kepada pembeli yang berminat:

 


Klik Gambar Untuk Zoom Lebih Besar
 

 








Bagi pembeli / pemaju yang serius, sila hubungi kami:
Call/SMS: +60145538989, +60192959797, +60135192233 
Line : +60145538989 
Skype: shhimec 
Email: 1mytv4u@gmail.com 
Blog: http://my1property4u.blogspot.com

No comments:

Post a Comment